PTS
THE 48 LAWS OF POWER (Edisi Bahasa Melayu)
- Regular price
- RM 46.40
- Sale price
- RM 46.40
- Regular price
-
RM 58.00
Share
Tajuk: The 48 Laws Of Power
ISBN: 978-629-493-060-5
Penerbit: PTS Publishing House
Muka Surat: 600 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Robert Greene
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.735 kg
Dimensi (cm): 23 x 15.3 x 2.7
SINOPSIS
BUKU TERLARIS BUAT ANDA YANG INGIN MEMAHAMI, MEMILIKI ATAUPUN MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA KUASA
"Jika kuasa adalah matlamat utama anda, buku ini wajib anda miliki." - The Times, akhbar berprestij United Kingdom yang menjadi rujukan utama dalam politik dan kepimpinan global.
Dalam kehidupan, kuasa hadir di mana-mana—di pejabat, dunia perniagaan, politik, malah dalam kehidupan seharian kita. Ia tidak sentiasa positif ataupun negatif, kerana kuasa itu sendiri bersifat bebas dan terbuka; baik ataupun buruknya bergantung pada bagaimana ia digunakan dan konteks persekitarannya.
Buku ini adalah hasil kajian mendalam Robert Greene terhadap sejarah kekuasaan selama lebih 3000 tahun. Beliau merumuskan pemerhatian tersebut kepada 48 hukum kekuasaan yang boleh digunakan bagi memahami bagaimana kuasa berfungsi, serta bagaimana individu tertentu mampu menguasai, mempertahankan, ataupun menjadi mangsa kepada kuasa.
Setiap hukum disertakan dengan contoh-contoh nyata yang dipetik daripada tokoh-tokoh pemikiran dan falsafah seperti Machiavelli, Sun Tzu, Carl von Clausewitz, sehinggalah kepada Ratu Elizabeth I, Henry Kissinger dan beberapa tokoh lain yang pernah memegang tampuk kekuasaan ataupun menjadi mangsa kepada si penguasa.
Sama ada anda ingin memiliki kuasa, sekadar memerhatikannya, atau melindungi diri daripada dimanipulasi oleh orang lain, memahami hukum-hukum ini adalah penting untuk melihat dunia kekuasaan sebagaimana realitinya. Dengan ilmu ini, anda akan lebih bijak menghadapi permainan kuasa dalam kehidupan moden hari ini yang penuh persaingan.
ANDA PILIH UNTUK MENGUASAI ATAUPUN DIKUASAI?
Hukum 1: Jangan Sesekali Mengatasi Atasan Anda
Hukum 2: Jangan Terlalu Mudah Dalam Mempercayai Rakan, Belajarlah Untuk Mempergunakan Musuh
Hukum 3: Sembunyikan Hasrat Anda
Hukum 4: Kurangkan Bercakap
Hukum 5: Reputasi Adalah Segala-Segalanya—Lindunginya Dengan Nyawa Anda
Hukum 6: Kejarlah Perhatian Walau Apa Bayarannya
Hukum 7: Biarkan Orang Lain Yang Berkerja Untuk Anda, Tetapi Pastikan Anda Yang Mendapat Pujiannya
Hukum 8: Pastikan Orang Lain Datang Kepada Anda - Gunakan Umpan Jika Perlu
Hukum 9: Menang Melalui Tindakan, Bukannya Melalui Hujah
Hukum 10: Jauhi Orang Yang Tidak Bahagia Dan Bernasib Malang
Hukum 11: Jadikan Diri Anda Sebagai Tempat Orang Lain Bergantung
Hukum 12: Gunakan Kejujuran Dan Kedermawanan Tertentu Untuk Menundukkan Mangsa Anda
Hukum 13: Apabila Memintabantuan, Utamakan Kepentingan Peribadi Mereka, Bukan Belas Kasihan Atau Rasa Terhutang Budi
Hukum 14: Menyamar Sebagai Kawan, Bertindak Sebagai Perisik
Hukum 15: Hancurkan Musuh Anda Sepenuhnya
Hukum 16: Gunakan Ketiadaan Anda Untuk Meningkatkan Kehormatan Dan Kemuliaan
Hukum 17: Pastikan Orang Lain Terus Berada Dalam Ketakutan: Ciptakan Suasana Yang Tidak Dapat Diramalkan
Hukum 18: Jangan Berada Dalam Pengasingan Untuk Melindungi Diri— Pengasingan Itu Berbahaya
Hukum 19: Kenalilah Dengan Siapa Anda Berurusan– Elakkan Daripada Menyakiti Orang Yang Salah
Hukum 20: Jangan Berpihak Kepada Sesiapa
Hukum 21: Jadilah Si Bodoh Untuk Memerangkap Si Bodoh Yang Lain- Tampak Lebih Bodoh Dari Sasaran Anda
Hukum 22: Gunakan Taktik Menyerah Kalah: Ubah Kelemahan Menjadi Kekuatan
Hukum 23: Fokus Pada Kekuatan Anda
Hukum 24: Mainkan Peranan Sebagai Pengiring Yang Sempurna
Hukum 25: Bina Kembali Diri Anda
Hukum 26: Pastikan Anda Bebas Daripada Kontroversi
Hukum 27: Manfaatkan Keperluan Orang Lain Untuk Mempercayai Sesuatu Hingga Menjadikannya Pengikut Setia
Hukum 28: Bertindak Dengan Penuh Keberanian
Hukum 29: Rancang Hingga Ke Akhir
Hukum 30: Jadikan Pencapaian Anda Tampak Mudah
Hukum 31: Kawal Pilihan-Pilihan Yang Ada: Biarkan Orang Lain Bermain Dengan Kad Yang Anda Berikan
Hukum 32: Manipulasi Fantasi Orang Lain
Hukum 33: Ketahui Titik Kelemahan Setiap Orang
Hukum 34: Jadilah Raja Dengan Gaya Anda Sendiri: Bertindaklah Seperti Raja Untuk Dihormati
Hukum 35: Kuasai Seni Mengawal Masa
Hukum 36: Jangan Tergila-Gilakan Apa Yang Bukan Milikmu: Mengabaikannya Adalah Balas Dendam Yang Terbaik
Hukum 37: Ciptalah Pertunjukan Yang Mempesonakan
Hukum 38: Berfikirlah Sesuka Hati, Tetapi Berkelakuanlah Seperti Orang Lain
Hukum 39: Cetuskan Kekacauan Untuk Mendapat Keuntungan
Hukum 40: Hindari Pemberian Percuma
Hukum 41: Elakkan Daripada Terperangkap Dalam Bayangan Insan Hebat
Hukum 42: Hapuskan Sang Gembala, Kawanannya Akan Bertempiaran
Hukum 43: Berusahalah Untuk Memenangi Hati Dan Pemikiran Orang Lain
Hukum 44: Melemahkan Dan Membangkitkan Kemarahan Melalui Kesan Cermin
Hukum 45: Melemahkan Dan Membangkitkan Kemarahan Melalui Kesan Cermin
Hukum 46: Jangan Sesekali Menampakkan Diri Terlalu Sempurna
Hukum 47: Jangan Melebihi Sasaran Anda: Belajarlah Untuk Berhenti Dalam Kejayaan
Hukum 48: Jadilah Seperti Air
BIBLIOGRAFI TERPILIH
INDEKS