• 470
  • 471
  • 472
  • 473
1

Fajar Pakeer

SIR: HER SAVIOUR - QHAYRA QHAYRIESA

Regular price
RM 22.10
Sale price
RM 22.10
Regular price
RM 26.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: SIR: HER SAVIOUR 

ISBN: 9789838222853

Penerbit: Fajar Pakeer

Muka Surat: 438 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: QHAYRA QHAYRIESA

Tahun Terbitan: 2024

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.347 kg

Dimensi (cm): 18.3 x 11.4 x 2


SINOPSIS

Tiada apa yang lebih berharga, selain daripada kebahagiaan. Tiada apa yang lebih memeritkan selain kesedihan. Namun, dia sudah bertahan sejauh ini. Untuk hari ni, mungkin dia masih bernyawa… namun sampai bilakah dia bernafas lega tanpa pusaran ancaman?

Di pandangan nyata, dia adalah adik yang kuat, gadis yang tabah. Sebaliknya, jika dilihat dari mata hati, dia sebenarnya dipaksa menjadi dewasa sebelum waktunya. Dunianya cuma ada abangnya Arman dan lelaki itu…

Ya, lelaki itu…

“Kau jangan memandai-mandai nak panggil aku dengan gelaran tu ya. Mahu aku tampar juga mulut kau tu nanti!” - ANN

“Aku memang tak pernah lafazkan cinta aku pada kau. Tapi apa yang aku lakukan selama ini adalah hanya untuk kau semata-mata, angel. Aku bukan jenis lelaki yang pandai nak berjiwang segala. – RAYYASH

Usikan yang menyakitkan hati. Gurauan yang mencetuskan pertengkaran di penghujungnya. Cinta? Maaf… Istilah itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka.

Belum lagi dengan kewujudan Elisya, siput sedut yang sentiasa inginkan perhatian Rayyash. Ada saja perangai gadis tu menyakitkan mata walha menambahkan bara.

“Di mata dia, kau tu tak ubah macam perempuan kelas bawahan aje tau. Perempuan macam kau sebelah mata pun Yash tak pandanglah dekat kau tu!” – ELISYA

Seiring dengan waktu, semuanya berlalu. Ann diterpa dengan dengan teka-teki. Satu kejadian berlaku, menyebabkan Arman maut dan telah membuka kisah silam yang selama ini tidak diketahui oleh Ann sendiri. Terlambat menyedari, kematian di depan mata.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka di masa lalu?

Paling utama… benarkah Ann yang menjadi kebencian dan ketegangan kepada semua yang berlaku?

Tak semua kebencian perlukan sebab. Kadang-kadang kita tak perlu buat salah pun untuk dapat kebencian daripada orang lain.

“Apa pun yang berlaku, aku akan jaga kau sampai ke akhir hayat aku. Aku takkan benarkan sesiapa pun mengganggu kau melainkan takdir adalah sebaliknya!”