• my-11134207-7rasg-m5jf4jnlkxn7ce
1

Kaseh Press

Racun Hati (Z20)

Regular price
RM 25.60
Sale price
RM 25.60
Regular price
RM 32.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Semenjak di ganggu ketika pulang ke rumah lewat malam, gangguan itu semakin lama semakin teruk sehingga membuatkan Syafika muntah darah. Lebih teruk lagi ibunya, Datin Zurida tidak mempercayai kata-katanya. Bagi Datin Zurida, Syafika hanya berlakon kerana menginginkan perhatian papanya, Datuk Azmi dan membuatkan Syafika selalu terasa hati.

Perkenalan yang tidak diduga dengan Zafri membuatkan lelaki itu bertekad untuk menolong. Namun kehadiran lelaki itu membuatkan hubungan Syafika dan Syafina, adiknya jadi berantakan.

“Yalah, yang buruk-buruk semua beri pada Fina, ya ma? Habis tu, akak dapat yang eloklah, macam tu?” – Syafina

“Kalau kau nak terus berdrama, nak berlakon, terserah. Aku dah kenal perangai kau, Fika. Mungkin apa yang berlaku pada kau ni pun sebab perangai kau sendiri. Kifarah untuk kau!” – Lana

Adanya hati yang tidak senang melihat kebahagiaan orang lain sehingga nyawa menjadi pertaruhan. Adanya hasad yang sekian lama terpendam jauh di lubuk hati tapi, hati siapa sebenarnya yang perlu diubati?