PTS
Pikat Remaja dengan Kata-Kata (C18)
- Regular price
- RM 11.20
- Sale price
- RM 11.20
- Regular price
-
RM 14.00
Share
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-61-6
Tarikh Terbit: 5 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 168
Berat (kg): 0.23
"Ini akibatnya asyik dileteri. Semua benda sudah tidak mendatangkan kesan."
"Pelbagai kaedah sudah digunakan, tetapi dia masih tidak berubah."
"Apa lagi yang perlu kita lakukan? Saya sudah buntu."
Semakin banyak isu melibatkan remaja, semakin keliru mahu menanganinya. Tindakan remaja ternyata sukar ditebak. Daripada isu semudah ' susah mahu bangun tidur' sehingga kepada isu berat seperti isu akhlak dan sosial, ternyata ini adalah cabaran hebat untuk masyarakat.
Buku ini mengupas dari pelbagai perspektif, cara, dan teknik mendekati remaja. Bersandarkan al-Quran, hadis, dan kajian psikologi, buku ini mampu menawarkan sudut pandang yang luas.
Melalui buku ini, pembaca memperoleh:
- Teknik menyampaikan motivasi gaya Rasulullah
- Menyampaikan nasihat cara Luqman al-Hakim
- Falsafah kepimpinan yang diterapkan melalui solat
- Perbezaan antara sifat tegas dan garang
- Teknik-teknik komunikasi berpengaruh berdasarkan personaliti remaja
- Kaedah berkesan memuji para remaja
- Tip-tip luar biasa dalam mendidik remaja era moden
- Rahsia memikat remaja supaya menjadi lebih rapat dengan mereka
Pikat Remaja dengan Kata-Kata adalah bingkisan istimewa untuk ibu bapa dan para pendidik. Buku ini pasti menyuntik semangat, memberi ilham, dan manfaat yang luar biasa hebat, dalam mencorakkan generasi pada masa hadapan.