• photo_2024-05-15_15-27-57
  • photo_2024-05-15_15-27-57
  • photo_2024-05-15_15-27-57
1

IBDE Ilham

Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad (Edisi 2023) - Softcover # (L70, BL65)

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad (Edisi 2023) - Softcover #
ISBN:  9789670037103
Penerbit: Ibde
Penulis: Abu Hamid al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 261
Format: Paperback
Berat (kg): 0.365
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 2cm
 
SINOPSIS

Perihal Kesederhanaan dalam Beriktikad merupakan sebuah teks klasik yang berusia hampir satu alaf. Sebagai sebuah karya penting yang melanjutkan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah, ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama. Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada cerakinan dan pemaduan terhadap al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti mantik, bahasa dan etika perdebatan. Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu sukatan pelajaran pengajian Ilmu Kalam, iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di beberapa institusi pengajian tradisional.

 

Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058–1111 Masihi) adalah pengarang sekitar 70 buah karya dalam bidang fiqah, tasawuf, ilmu kalam, dan juga falsafah. Antara karya paling terkenal beliau ialah Ihya’ Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (falsafah) dan al-Mustasfa fi ‘ilm al-Usul (usul fiqah).