• 16_wlok-ks
1

Dream Romance Enterprise

Kau Takdir Terindah # (L63)

Regular price
RM 40.50
Sale price
RM 40.50
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: KAU TAKDIR TERINDAH #
ISBN: 9786299505808
Penerbit: Dream Romance Enterprise
Penulis: Snowdream
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 507 m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.510 kg
Dimensi (cm): 12.9cm x 20.3cm x 3.7cm


SINOPSIS

Noah Iskandar tidak menyangka hubungan yang terjalin selama tujuh akhirnya terlerai. Dia telah ditinggalkan oleh tunangnya beberapa hari sebelum hari bahagia mereka. Namun tok ma tetap bertegas untuk meneruskan majlis perkahwinan tersebut. Siapa sangka, gadis yang dahulunya rakan sepermainan bakal menjadi isterinya. 

“Jangan risau. Kalau kau tolak pinangan tu, aku akan cuba back up kau.” ‐ Noah Iskandar

“Tapi betul ke kau boleh selamatkan aku daripada mamat tak betul tu? Aku tak nak jumpa dia lagi.” ‐ Sufi Nur Humaira. 

Rupanya Sufi menerima pinangan itu bersebab. Dia bersetuju kerana ingin melindungi diri daripada ancaman bekas teman lelaki yang tidak berhenti menghantuinya. 

Tanpa mereka sedar, benih-benih cinta mula tersemai di hati masing-masing. Saat kebahagiaan mula mekar, bekas tunang Noah, Bella kembali untuk menyambung semula ikatan yang terputus. 

Kehadiran Bella umpama racun yang perlahan-lahan meracuni hubungan mereka sehingga akhirnya kebahagiaan itu musnah. Menyambung pengajian dijadikan alasan untuk Sufi membawa diri bagi merawat luka di hati.

Takdir kembali menemukan Noah dan Sufi di tempat dan masa yang tidak diduga. Namun, segala kata dan perbuatan Bella semakin membarah dalam diri Sufi sehingga Sufi terpaksa mengambil keputusan berat untuk berundur daripada perkahwinan ini. 

“Keadaan kita masih sama. Abang masih ingat lagi dengan janji abang empat tahun lepas? Jadi, tolong tunaikan janji abang.” – Sufi Nur Humaira. 

“Janji dengan abang, tolong bahagiakan diri sayang. Jangan menangis lagi sebab abang dah tak ada untuk temankan sayang lepas ni.” – Noah Iskandar.

Apakah perjalanan takdir mereka benar-benar ternoktah di sini?