Kad Merah Untuk Najib (L8)
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
================================
Format: Paperback
Berat: 0.272 kg
ISBN: 978-967-10736-4-3
Tarikh Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 258
Penulis: Shahbudin Husin
================================
SINOPSIS
Dalam tempoh masa hanya kira-kira tiga tahun saja lagi menjelang pilihanraya akan datang, inilah lingkungan masa paling sesuai untuk UMNO mengeluarkan Najib dari Perdana Putra dan Seri Perdana.
Isu Rosmah, 1MDB dan Sirul kian hari kian berat. Jika dirangkumkan dengan isu hutang negara, GST, kos sara hidup. urus tadbir kerajaan, rasuah, hubungan kaum dan ratusan beban yang lain sejak Najib memimpin negara, KPI Najib bukan saja lenih merundum, bahkan sebenarnya gagal.
Najib patut diatanya, berapa peratuskah sokongan rakyat terhadapnya sekarang? Masih 47% seperti 2013 dulu, sudah meningkat atau kian menurun?
Daripada 133 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dulu, apakah keyakinannya kini setelah tiada lagi sokongan Tun Mahathir?
Bagaimana pula dengan pengundi baru yang dianggurkan seramai 6 juta orang? Berapa peratuskah akan mengundi BN? Apakah semua 3.5 juta ahli UMNO akan mengundi BN? Bagaimana pula dengan ingatan Muhyiddin bahawa tergelincir 2% pola pengundian saja akan membuat BN jadi pembangkang?
Bukankah semua beban UMNO dan BN akan menjadi lebih ringan jika Najib diundurkan? Sebelum rakyat menunjukkan marah dan memberikan kad merah di peti undi,
tidakkah UMNO harus melayangkan kad merah itu kepada Najib terlebih dulu? Dengan Tun Mahathir semakin lantang, kad merah seharusnya lebih cepat ditunjukkan kepada Najib.