Duhai Anak - Imam al-Ghazali (L46,BL45)
- Regular price
- RM 14.40
- Sale price
- RM 14.40
- Regular price
-
RM 18.00
Share
Penerbit: Biblio Press
Penulis: Imam Al -Ghazali
Muka Surat: 54 m/s
Halaman: Hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.075kg
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 0.5cm
Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya. Dalam surat tersebut murid beliau meminta agar Imam al-Ghazali r.h sudi menulis sepucuk surat yang merupakan suatu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab karya Imam al-Ghazali r.h.
Lalu Imam al-Ghazali dengan murah hati menjawab surat muridnya dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya. Maka telah berhimpunlah dalam nasihat Imam al-Ghazali ini keindahan keikhlasan dan keindahan bahasa. Lalu kalimah yang keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke dalam lubuk hati pula. Dan benar-benar memeberikan kesan yang ketara sekali dan inilah nilai kebenaran dan nilai keindahan yang sebenar dan inilah nilai sastera yang sebenar iaitu ikhlas, indah, benar dan berkesan.