• bs
  • bs
1

Bestnya Solat! #(Z45)

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 10.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Bestnya Solat!
ISBN:9789671743003
Penerbit: Irfan Foner Studio
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 29
Halaman: Berwarna
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.06
Dimensi (cm): 21cm x 15.5cm x 0.3 cm

 

 

 

Checklist Rukun Solat

1) Niat

2) Berdiri Tegak

3) Takbiratul Ilham

4) Membaca Al-Fatihah

5) Rukuk serta Toma'ninah

6) I'tidal serta Toma'ninah

7) Sujud serta Toma'ninah

8) Duduk di antara dua sujud

9) Duduk Tahiyyat Akhir

10) Membaca Tasyahud Akhir

11) Selawat selepas Tasyahud

12) Memberi Salam

13) Tertib

 

Apa kata mereka yang membeli naskhah Bestnya Solat?

Puan Nur Khairiah adalah penulis novel berbahasa Melayu di Singapura. Hanya sebaran di satu grup whatsapp kawan sekolah lama, beliau memesan 100 naskhah untuk edaran pada kawan-kawannya sahaja di Singapura.

Buku Bestnya Solat ini juga mudah dibaca dan sedap mata memandang. 

Buku Bestnya Solat lebih murah dari satu set Happy Meal. Beli sekali, kenyang sekali. Namun senaskhah buku Bestnya Solat ini, ganjaran pahala kita hingga mati insyaAllah.

Anak-anak pun suka!

 

“Menariknya buku ini.. Buku apa ini Tuan? Cerita tentang solatkah?”

Ya, Tuan Puan. Inilah buku Panduan Solat, Rukun dan Bacaannya. Kita sekali tengok sudah tahu. Bagus, kan? Hehe..

“Oh okey. Apa kelebihan buku ini berbanding buku-buku solat yang sudah ada di pasaran, Tuan?”

Ada beberapa kelebihan dan manfaat yang Tuan Puan akan peroleh dari buku ini. Saya tidak mendabik dada untuk mengatakan inilah buku solat yang terbaik memandangkan ini buku pertama kami. Namun, ini senarainya yang saya boleh kongsikan.

 

Penuh warna dan infografik

Ketelitian pada konten, teks arab, aturan, ilustrasi dan semakan

 

Diceritakan dalam bentuk komik yang comel

Disemak oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

 

“Baik, bagusnya. Boleh saya lihat contoh kandungan buku ini?”

Jangan risau. Kami tidak kedekut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini. Nah, anda nilaikan sendiri.

 

“Bagus, bagus. Cantik lukisan Tuan. Setakat ini sudah adakah yang menggunakannya? Apa kata mereka?”

Terima kasih. Maksud Tuan Puan testimonikah? Ya, kami sudah tampal banyak-banyak di atas. Selain itu, baca juga apa kata proofreader kami, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tentang buku Bestnya Solat ini.

 
“Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t. dengan Limpahan dan kurniaan rahmatNya dapat diberikan kita rezeki dan limpahan kebaikan, buku ini sangat baik untuk dijadikan rujukan dan saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada penulis dan sesiapa yang menjayakan penerbitan buku ini. Semoga banyak lagi buku ringkas seperti ini dapat diterbitkan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam ibadah seharian.”
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (UMA)
Pendakwah Bebas
Penyampai segmen Pesona D’Zahra di radio IKIM.fm
Mempunyai 272,000+ Followers di Facebook
 

Buku Bestnya Solat juga boleh dijadikan

Doorgift Majlis Perkahwinan

Hadiah Majlis Hari Lahir

Wakaf di Masjid dan Surau

Modul Kem Solat dan Ibadah

ABM di Tadika dan Sekolah

Rujukan untuk muallaf dan yang mahu mula belajar solat

 

“Mengapa anda terbitkan buku Bestnya Solat ini?”