Iman Publication
[IMAN] Lebih Baik Pendam Saja # (L34,PY25)
- Regular price
- RM 29.75
- Sale price
- RM 29.75
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Tajuk: Lebih Baik Pendam Saja
ISBN: 9786297665634
Penerbit: IMAN Publication
Muka Surat: 243 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Mimie Rahman & Syahira Hozami
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.5 kg
Dimensi (cm) : 21 cm x 14.9 cm x 1.8 cm
SINOPSIS
“Aku tak okey, tapi aku kena okey.”
Mungkin kita pernah melalui saat-saat di mana, apabila kita
cuba berkongsi perasaan, realitinya hanya respons sebegini yang diterima.
“Orang lain pun ada masalah. Hidup orang lain lagi susah.”
"Ala, kau sabarlah sikit. Nanti okeylah tu."
Sudahnya, kita pilih untuk memendam saja semua yang kita rasa.
Sedih? Senyum saja. Penat? Jangan tunjuk. Kecewa? Telan dan jalan terus.
Sehinggalah tiba satu waktu, emosi yang dipendam membuak-buak sampai ingin meletup. Ketika itu, kita sendiri keliru. Apakah perasaan berat yang dirasai ini?
Kita hendak meluah, tetapi setelah sekian lama memendam, bagaimana hendak mula?
Melalui buku ini, para penulis membawa kita mengikuti
perjalanan Elina; seorang yang telah lama memendam perasaan sehingga menyakiti
diri sendiri — akhirnya sedar bahawa meluahkan perasaan bukanlah petanda kita
lemah, tetapi satu langkah yang menyembuhkan.
Walau apa pun jua yang anda alami, tidak mengapa untuk
meluahkan. Tidak mengapa untuk memerlukan bantuan. Tidak mengapa untuk merasai
perasaan sendiri.