• 231
  • 232
  • 233
  • 234
  • 235
  • 236
1

Hijjaz Record Publishing

[HIJJAZ RECORD] Konspirasi & Kebangkitan Bani Jawi Akhir Zaman (L7)

Regular price
RM 34.76
Sale price
RM 34.76
Regular price
RM 40.90
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Konspirasi & Kebangkitan Bani Jawi Akhir Zaman 

ISBN: 9786297777023

Penerbit: Hijjaz Record Publishing

Muka Surat: 276 m/s

Halaman: Berwarna

Penulis:  Jaafar Salleh

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.499 kg

Dimensi (cm): 20.9 cm x 14.6 cm x 1.5 cm


SINOPSIS

Buku ini mendedahkan pelbagai misteri yang selama ini disembunyikan oleh penjajah, walhal Nabi SAW telah mengisyaratkannya dalam pelbagai hadis, begitu juga para sahabat. Misteri-misteri ini telah dikumpulkan dalam sebuah kitab khas oleh Ibnu Kathir. Ibnu Ahir, dan beberapa ulama lain, namun sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Dalam catatan Misteri Tanah-Tanah Para Nabi, Nabi Adam a.s. dikatakan pertama kali menjejakkan kaki di bumi yang subur dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Tempat itu juga dikenali sebagai Mother Home, sebuah wilayah yang dasar dalam dan luarnya berteraskan prinsip Kemerdekaan, Cinta Damai, dan Kasih Sayang Giodai untuk seluruh umat manusia. Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as. diturunkan ke dunia setelah dibekalkan dengan pelbagai ilmu berkaitan alam dan manfaatnya, di mana sumber-sumber ilmu tersebut banyak terdapat di Alam Melayu. Setelah bertemu dengan Siti Hawa di Arafah, baginda bersama isterinya mencari kawasan yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan di Asia Tenggara, iaitu negeri Samudera.

Catatan sejarah China merujuk kawasan ini sebagai Nan-hai (Kepulauan Laut Selatan), manakala sejarah India menamakannya Dwipantara (pulau) dan antara (luar/seberang). Dalam epik Ramayana, ketika Rama mencari isterinya, Sinta, yang diculik baginda sampai ke Suwarnadwipa (Pulau Emas), yang kini dikenali sebagai Pulau Sumatera. Bangsa Arab pula menyebut wilayah ini sebagai Jaza’ir al-Jawi (Kepulauan Jawi), merangkumi Indonesia, Filipina dan Malaysia. Dalam bahasa Arab, beberapa tempat di rantau ini juga disebut dengan nama seperti Samatharah (Sumatera), Sholibis (Sulawesi), dan Sundah (Sunda), yang keseluruhannya dikenali sebagai kulluh Jawi (‘semuanya Jawi’).

Buku ini turut mencatat bahawa ketika bangsa Eropah pertama kali tiba di rantau ini, mereka mendapati penduduknya terdiri daripada orang Arab, Parsi, India, dan Tiongkok (China) sahaja, tanpa kehadiran bangsa Eropah. Mereka menganggap wilayah yang terbentang luas antara Parsi dan China sebagai Hindia. Jazirah Asia Selatan disebut sebagai Hindia Depan, manakala daratan Asia Tenggara dikenali sebagai Hindia Belakang, sementara kepulauan ini dinamakan sebagai Kepulauan Hindia (Indische Archipel, Indian Archipelago, l’Archipel Indien) atau Hindia Timur (Oost Indie, East Indies, Indes Orientales). Nama lain yang turut digunakan adalah Kepulauan Melayu (Maleische Archipel, Malay Archipelago, l’Archipel Malais).

Melalui buku berjudul Konspirasi & Kebangkitan Bani Jawi Akhir Zaman, dinyatakan bahawa ia mengandungi mesej pembongkaran rahsia akhir zaman yang diisyaratkan oleh Nabi SAW. Secara simbolik, ia membayangkan kemunculan satu kaum yang dikenali sebagai Bani Melayu di Timur pada akhir zaman. Kaum ini diramalkan akan mendominasi dunia sebagai peneraju keamanan dan kemakmuran sejagat setelah kejatuhan serta kehancuran Yahudi-Zionis.