Nizamiyyah Institute
Timbangan Yang Adil: Pada Meluruskan Golongan Ahli Ta'lim #(L60)
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Penerbit:Â Nizamiyyah Institute
Penulis: AbÅ« ḤÄmid Muḥammad bin Muḥammad al-GhazÄlÄ« (Imam al-Ghazali)
Muka Surat: 208
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.545 kg
Dimensi (cm): 23.5 cm x 15.8 cm x 2 cm
Dalam usaha beliau menjelaskan dan menentang kebatilan pegangan golongan FalÄsifah, maka lahirlah dua kitab beliau yang tidak asing lagi dalam kalangan para pengkaji: MaqÄá¹£id al-FalÄsifah dan juga TaḥÄfut al-FalÄsifah. Adapun kitab-kitab beliau yang dikhususkan bagi membincangkan mengenai golongan BÄá¹iniyyah, maka di antaranya adalah seperti Faá¸Äiḥ al-BÄá¹iniyyah, QawÄá¹£im al-BÄá¹iniyyah, Mufaṣṣal al-KhilÄf, al-Qiá¹£á¹Äs al-MustaqÄ«m dan beberapa kitab yang lain.
Dari sini, terserlah salah satu tujuan daripada penulisan al-Qiá¹£á¹Äs al-MustaqÄ«m – sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-GhazÄlÄ« sendiri di dalam karya autobiografi beliau yang terkenal, al-Munqidh Min al-ḌalÄl – iaitu menzahirkan tentang ketidakperluan kepada ‘Imam Maksum’ yang didakwa oleh golongan ahli Ta’lÄ«m.
Adapun tujuan kedua daripada penulisan buku ini adalah bagi menjelaskan apa yang dinamakan oleh beliau sebagai ‘timbangan-timbangan bagi ilmu’ atau lebih dikenali dalam kalangan ahli ilmu sebagai qiyÄs-qiyÄs mantik yang lima.
Maka, selain dianggap sebagai salah satu kitab utama dalam menzahirkan kebatilan pegangan golongan Ta‘lÄ«miyyah, al-Qisá¹Äs al-Mustaqim dari sudut pandang yang lain dapat dilihat sebagai kitab rujukan bagi peringkat awal dalam rantaian silibus pengajian ilmu Mantik Imam al-Ghazali kerana hanya menyentuh salah satu daripada perbahasan ilmu Mantik iaitu perbahasan qiyÄs (silogisme). Kemudian, diteruskan pula setelah itu dengan kitab-kitab Mantik beliau yang lebih tinggi seperti Miḥakk al-Naẓar dan Mi‘yÄr al-‘Ilm.