Must Read
Sirah Maryam: Lahirnya Nabi Tidak Berbapa #
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Sirah Maryam: Lahirnya Nabi Tidak Berbapa
ISBN: 9789670078618
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Muka Surat: 224 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Zul Aimran Omar
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.300 kg
Dimensi (cm): 21.4 x 13.9 x 1.2
SINOPSIS
Maryam binti Imran, satu-satunya wanita yang namanya disebut secara langsung dalam al-Quran sebanyak 34 kali. Lebih istimewa, namanya dijadikan nama surah dalam al-Quran, iaitu surah Maryam yang merupakan surah ke-19 dalam al-Quran.
Maryam wanita suci yang sentiasa mengabdikan dirinya beribadat kepada Allah SWT. Namun Allah SWT merasakan sudah waktunya keimanan Maryam diuji. Maryam yang masih suci, ditakdirkan Allah SWT hamil tanpa melalui proses normal seorang wanita yang mengandung. Lalu lahirlah Nabi Isa AS.
Allah SWT meneguhkan hati Maryam dengan mengurniakan mukjizat kepada Nabi Isa AS. Baginda yang masih bayi pada ketika itu berbicara mempertahankan ibunya dan menyatakan dirinya adalah utusan Allah SWT. Bagaimanakah Maryam meneruskan kehidupan bersama bayi kesayangannya yang baru lahir itu?
Buku ini bukan sahaja berkisar tentang Maryam, tetapi diselitkan juga tentang kisah nabi-nabi daripada bangsa Bani Israel, yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing kaum mereka di Palestin. Bani Israel, bangsa yang sentiasa dalam kesesatan, penuh dengan kedegilan, kejahatan dan helah demi menentang dakwah para nabi sehingga sanggup membunuh nabi-nabi dengan cara yang zalim sehinggalah tiada lagi nabi diutuskan kepada mereka selepas itu.