Empty Image

Penerbit USM

Penyelesaian Konflik dalam Kesusasteraan Melayu #(Q5)

Regular price
RM 23.20
Sale price
RM 23.20
Regular price
RM 29.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Apabila tercetusnya konflik, pasti kita akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan hasrat terlerainya konflik lalu terserlah suasana yang damai, harmoni dan sejahtera. Konflik wujud dalam pelbagai situasi pada masa lalu, kini mahupun masa hadapan yang melibatkan sesama individu atau kumpulan. Keputusan daripada penyelesaian yang diperoleh antaranya ialah menang-menang, kalah-menang, menyerah diri, mengundur diri, mengaku kalah atau gencatan senjata. Hakikatnya bentuk-bentuk konflik dan cara menyelesaikannya tidak hanya didapati dalam ilmu bidang sejarah, politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan, sebaliknya bidang kesusasteraan turut menawarkan satu sumber ilmu baharu kepada khalayak tentang kaedah menyelesaikan konflik yang tercetus. Kepelbagaian bentuk penyelesaian konflik ini dapat diperoleh menerusi buku Penyelesaian Konflik dalam Kesusasteraan Melayu. Sebagai satu alternatif, buku ini telah mengemukakan bentuk-bentuk penyelesaian konflik berdasarkan genre kesusasteraan prosa, puisi, cerita-cerita flora dan fauna, cerita-cerita rakyat dan kisah-kisah mitos dan legenda. Gabungan kisah-kisah yang rencam ini terakam menerusi karya-karya kesusasteraan moden dan tradisional yang merupakan garapan terbaik, sesuai dengan gaya hidup dulu, kini dan akan datang kerana hasil kesusasteraan adalah rakaman dan himpunan kehidupan manusia sejagat. Justeru, kerencaman kisah-kisah manusia, flora dan fauna ini adalah refleksi realiti kehidupan yang sudah pasti mencetuskan konflik dan seterusnya memerlukan penyelesaian. Maka, buku ini ada jawapan dan penawarnya!

Â

Â