• maryamm
  • maryamm
1

Kaseh Aries

Dia Maryamku - Shafatin Yusof # (L85, BL85)

Regular price
RM 25.60
Sale price
RM 25.60
Regular price
RM 32.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk:Â Dia Maryamku - Shafatin Yusof #
ISBN:Â 9789672035879
Penerbit:Â KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD
Penulis:Â Shafatin Yusof
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 504
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.345 kgÂ
Dimensi (cm): 11.5 cm x 18 cm x 3 cm
Â
SINOPSIS
Â
“I can handle the truth. It’s the lie that kills me.” ~ MARYAM
Â
Waktu dan takdir menemukan mereka dalam sebuah perjalanan. Indah pada permulaan namun di sebaliknya terlindung sebuah kepahitan. “Perjalanan kita menuju pengakhiran yang sama, meskipun berbeza laluan dan permulaan.” ~ FATEH ADDIN
Â
Dalam perjalanan itu mereka adalah satu. Mereka kehilangan, mereka ditinggalkan.
Â
Kehilangan bagi Maryam sebenarnya adalah kekuatan. Bukan titik kelemahan. Bukan kesedihan berpanjangan. Maryam merasai kehilangan pada mereka yang pulang.
Â
Bagi Ayden Lee, ditinggalkan orang tersayang menjadikan dia manusia yang mati pada jiwa, kosong tanpa rasa, hidup dalam dendam yang tidak pernah hilang.
Â
“Jika awak mampu membuatkan saya jatuh suka pada awak, mungkin suatu hari nanti awak juga mampu membuatkan saya jatuh cinta pada agama awak, Maryam.” – AYDEN LEE
Â
“Jangan libatkan dia dalam permasalahan di antara kau dan aku. Sekali kau sentuh dia, aku tak akan teragak-agak untuk hapuskan kau dengan tangan aku sendiri.” – FATEH ADDIN
Â
Saat perjalanan mereka berteman bahagia, akhirnya sebuah rahsia mengoyakkan seluruh kepercayaan. Kerana kebenaran itu, Sarah Maryam tewas. Bukan kerana kebenaran yang menyakitkan tapi pembohongan yang melukakan.
Â
“Sarah Maryam, awak sedang menghukum saya.”
Â
“Saya tak pernah menghukum awak. Saya bukan Tuhan, bukan juga malaikat. Saya tak berhak menghukum, menghakimi atau menilai awak. Tapi semua ini benar-benar buat saya sakit.”