• 118
  • 119
  • 120
  • 121
1

hadirah legacy

[HADIRAH LEGACY] BISA (Bila Ilmu Satu Anugerah) Jilid 7: Puaka Tanah Kelompok (L90)

Regular price
RM 32.30
Sale price
RM 32.30
Regular price
RM 38.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [HADIRAH LEGACY] BISA (Bila Ilmu Satu Anugerah) Jilid 7: Puaka Tanah Kelompok

ISBN: 9786299942443

Penerbit: HADIRAH LEGACY

Muka Surat: 303 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Pakcik Man

Tahun Terbitan: 2024

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.388 kg

Dimensi (cm): 21 cm x 14.7 cm x 2.8 cm


SINOPSIS

BISA JILID 7 - KARYA PAKCIK MAN NOVEL MISTIK INSPIRASI DARI KISAH BENAR .Novel 'Bila Ilmu Satu Anugerah' atau singkatannya BISA ini merupakan catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis semenjak berumur 7 tahun. Kali ini penulis berkongsi kisah sebenar pengalaman mistik beliau ketika membantu sekumpulan orang kampung yang berusaha meneroka sebuah hutan untuk dibangunkan kediaman baru dan bakal diusahakan sebuah ladang. Pelbagai peristiwa mistik dan misteri yang penuh debaran dirakam dalam "Novel BISA Jilid 7 - Edisi Puaka Tanah Kelompok" ini.  PETIKAN CERITA --------------------------- "Aku tahu kamu boleh dengar apa yang aku cakap kerana aku tahu kamu bukan orang biasa. Tolong bagi tahu kepada kawan-kawan kamu, jangan berani ganggu kampung aku. Kampung ini sudah wujud beratus tahun dan akan terus wujud. Kalau kawan-kawan kamu tetap hancurkan kampung aku ini, kamu semua tunggu pembalasan dari aku dan kawan-kawan aku. Jika kami sudah marah, tak ada siapa yang dapat halang kami dan kamu semua akan mati." Suara itu cukup jelas terdengar di telinga aku. ."Aku tidak boleh berjanji apa-apa sebab semua ini bukan keputusan aku. Aku cuma membantu menjaga mereka," jawab aku. ."Terpulang kepada kamu. Aku sudah beri peringatan dan jangan salahkan aku jika terjadi apa-apa. Kamu semua yang datang serang kampung aku dan aku tidak akan berdiam diri," bentaknya dan kemudian suara itu hilang. . Aku terjaga lalu duduk berlunjur. Aku lihat ke arah air terjun dan nampak satu kelibat berwarna putih sedang terapung di atas air terjun dan kemudiannya hilang di dalam gua di belakang aliran air terjun tersebut. Aku mula berpeluh kerana jika esok aku gagal menghalang penebangan hutan di sini, maka sesuatu yang buruk bakal berlaku. .Aku buntu kerana apa yang mampu aku buat untuk menghalang niat mereka supaya tidak menebang hutan di sini?