[PENERBIT X] Siri Puaka Sekolah: Kem Matematik (M18,Y19)
- Regular price
- RM 10.20
- Sale price
- RM 10.20
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Tajuk: Siri Puaka Sekolah: Kem Matematik
ISBN: 978-967-369-957-5
Penerbit: Penerbit-X
Muka Surat: 119 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Siti Solehah
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.150 kg
Dimensi (cm) : 22 cm x 15 cm x 1 cm
SINOPSIS
Tujuh hari. Tiga sahabat. Satu kem penuh rahsia… dan dendam yang belum padam.
Fikri dan dua rakan baiknya dihantar ke Kem Genius Matematik kerana lemah dalam subjek itu. Mereka sangka hanya perlu berdepan latihan dan jadual ketat, tetapi gangguan pelik mula berlaku. Sejak malam pertama, seorang pelajar muntah tanpa sebab. Esoknya, seorang lagi hilang tanpa jejak. Gangguan demi gangguan semakin menjadi-jadi termasuk kerasukan, suara misteri, dan bayang kelibat yang menghantui hari mereka.
“Nama saya Daud Omar Nabhan. Kamu boleh panggil saya Cikgu DON. Saya pakar matematik yang akan mencipta formula mudah untuk anda semua.”
Kem itu pernah sunyi bertahun-tahun. Kini ia dibuka semula. Tetapi ada sesuatu yang belum pergi. Benarkah kem itu berpenunggu? Ke mana perginya pelajar yang hilang? Siapa pula dalang di sebalik semua ini?
Fikri dan rakan-rakannya sedar mereka sebenarnya bukan pelajar... tetapi sebagai korban kepada satu ketaasuban dan dendam yang belum selesai.
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.