• my-11134207-7r98u-lurbromqehkj50
  • my-11134207-7r98u-lurbromqehkj50
1

Pemilik Hati Shahrul Mateen # (BL111)

Regular price
RM 33.60
Sale price
RM 33.60
Regular price
RM 42.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Pemilik Hati Shahrul Mateen
ISBN: 9789672707165
Penerbit: Ilusi Cinta Publication
Penulis: Hashily
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 
Halaman: 
Format: Softcover
Berat (kg): 
Dimensi (cm): 
 
SINOPSIS
 
Allah pemilik hatiku dan kamu adalah takdir hatiku.
 
Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita.
 
Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa, menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak. Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar didekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya beruban tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan, Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul.
 
Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu?
 
"Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." - SHAHRUL
 
"Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." - ALAILA
 
"Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." - SHAHRUL
 
"Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." - SHAHRUL
 
"Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan? Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" - ALAILA
 
"Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." - SHAHRUL