• 1_0enm-6y
  • 1_0enm-6y
  • 1_0enm-6y
1

Fahrenheit 451 # (L97,BL98)

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Fahrenheit 451
ISBN: 9786297733111
Penerbit: Biblio
Penulis: Ray Bradbury
Penterjemah: Aida Harun Ramli
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 177m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.180kg
Dimensi (cm): 13cm x 20cm x 1cm
 
SINOPSIS
 

 "Kita ada segala yang kita perlukan untuk bahagia, tetapi kita tidak bahagia. Ada sesuatu yang tiada, yang menyebabkan hidup tidak lengkap. Aku melihat sekeliling. Yang benar-benar tiada adalah buku-buku yang telah aku bakar sejak sepuluh atau dua belas tahun yang lalu......



Sekian lama Guy Montag menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli bomba, bukan untuk memadamkan api, sebaliknya membakar; buku dan rumah-rumah kediaman yang memiliki buku.



Pertemuan dengan Clarisse, seorang gadis yang aneh, telah membangkitkan sesuatu yang memberontak dalam jiwanya. Tatkala dia mula mempersoalkan kehidupannya yang kosong dan hubungan hambar dengan isterinya, Mildred, Montag mula terjebak dalam sebuah pengembaraan berbahaya menuju kesedaran.



Dengan bantuan Faber, seorang profesor tua, Montag bangkit berusaha untuk membebaskan diri daripada sistem yang menindas dan terpaksa menghadapi ancaman Anjing Pemburu, makhluk mekanikal ganas yang memburu sesiapa sahaja yang berani menentang.



Fahrenheit 451 adalah sebuah novel ikonik kesusasteraan Amerika Syarikat yang telah diangkat sebagai sebuah karya distopia klasik yang tersohor tentang pencarian identiti manusiawi, ketinggian nilai buku dan kesusasteraan serta keberanian untuk menentang arus kepatuhan dan keseragaman.



Dalam sebuah dunia yang dipenuhi dengan hiburan dangkal dan kelekaan, berjayakah Montag menemukan jalan untuk mengembalikan kebebasan fikiran serta menyelamatkan apa yang masih tinggal dari kemanusiaan sejati?