• Scanned_Documents_page-0002-min
1

Manes Wordworks

Cinta, Untuk Sekali Lagi #(L83,Y3,PY7)

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Cinta, Untuk Sekali Lagi
ISBN: 9789672660200
Penerbit: Manes Wordworks
Penulis: Lila Vee
Tahun
Terbitan: 2022
Muka Surat: 402
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.350kg
Dimensi (cm): 3cm x 11.5cm x 18.5cm


SINOPSIS 

I

Lima tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seseorang ‘move on’ daripada kisah cinta yang pernah bertanda dalam hati. Tapi entah kenapa, sejauh mana Anne Dahlia cuba lari, sekuat mana dia cuba menafikan, cinta itu tetap gagal dipadamkan daripada memori.

“You nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!” - Anne

II

Kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Tapi, kata Idlan Zuhairi… sekali cinta itu sudah dimiliki; dia tidak akan beralih arah lagi. Biarpun si dia sudah tidak mahu berjalan seiring dengannya lagi.

“Well, there’s a weird pleasure in loving someone who doesn’t love you back.” - Alan

Bagi kebanyakan kisah cinta, biasanya dimulakan dengan ‘love at the first sight’ dan berakhir dengan ‘happily ever after’. Tapi sayangnya, kisah cinta ‘Anne dan Alan’ ini tidak semudah itu. Lantas, mereka akur memilih jalan yang berbeza untuk mencari erti bahagia masing-masing.

Tapi, bagaimana jika jalan yang dipilih itu, membawa mereka ke penghujung yang sama? Dapatkah mereka menerima cinta, untuk sekali lagi?