• photo_2024-05-20_19-21-34
  • photo_2024-05-20_19-21-34
  • photo_2024-05-20_19-21-34
1 3

Chandelier # (L60)

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Chandelier #
ISBN: 9789671286050
Penerbit: Booku enterprise 
Penulis: Acik Lana
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 814
Halaman: Hitam Putih 
Format: Paperback
Berat (kg): 0.620kg
Dimensi (cm): 18cm x 11.5cm x 3.5cm 
 
SINOPSIS

'Gold digger'. Itulah label yang sering diberikan kepada Keisha Edlina. Berbekalkan wajah pan-Asia dan kesempurnaan bentuk tubuh, dia memiliki hidup serba mewah dengan cara yang amat mudah. Goda lelaki kaya, jual ayat cinta dan peras harta mereka sehabis daya. Kemudian dia angkat kaki untuk mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Namun sampai ke satu tahap, Keisha Edlina mula mencari calon suami untuk kehidupan yang lebih stabil. Dan syarat utama, lelaki itu perlu banyak harta. Wajib! Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusof tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran.

Dan matlamatnya hanya satu, dia mahu bergelar Puan Sri tidak kira apa pun! Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluan kakinya.

Di mata Keisha Edlina, Kaef hanyalah lelaki tampan yang memiliki taraf hidup biasa-biasa saja, tidak punya banyak harta atau kemewahan. Tapi aneh, kenapa hati masih boleh terpikat dengan hanya keikhlasan lelaki itu?

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Berkorban demi lelaki yang dia cintai sepenuh hati!

"Sebab saya bukan lelaki yang mampu menjanjikan intan dan berlian di tubuh awak, kan? I will never be good enough for you. Fine, I got that."- Kaef.

"I tak nak hidup susah Kaef, I tak boleh hidup susah and you know that!" - Keisha Edlina.