Blink Trading
Siri Juvana: Mangsa Cinta (Pengedar Dadah Umur 13 Tahun) #L62
- Regular price
- RM 10.80
- Sale price
- RM 10.80
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Shasya Ali, Rashiela NurainTahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 116
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.125
Dimensi (cm): 12.8cm x 19.1cm x 0.7cm
SINOPSIS
Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata… pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’!
Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.
Baru sahaja cuba lari, salah satu tangannya dikerat tanpa simpati. Malah dia dipaksa mengedar dadah!
Sehinggalah terbongkar rahsia, dirinya adalah mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Sejak awal lagi segalanya memang dirancang oleh syaitan bertopengkan manusia!
Siapa sebenarnya yang terlibat dalam agenda keji tersebut? Dapatkah Nadrah bertemu semula keluarga, ataupun terus terseksa?
Ketahui kisah hidup Nadrah, inspirasi kisah mangsa jenayah sebenar. Hayati isi hati Nadrah yang sepatutnya seorang pelajar baru masuk sekolah menengah, bukannya pengedar dadah akibat Mangsa Cinta.