• 327
  • 328
  • 329
  • 330
1

Rinsya Chasiani Publication

[RINSYA] Love Is Sweet #

Regular price
RM 22.10
Sale price
RM 22.10
Regular price
RM 26.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Love Is Sweet #

ISBN: 9789672813439

Penerbit:  RINSYA CHASIANI

Muka Surat: 220 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis:  Rinsya Chasiani & Mia Azwari

Tahun Terbitan: 2023

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.162 kg

Dimensi (cm) : 17.5 cm x 10.6 cm x 1.7 cm



SINOPSIS

PENULIS : RINSYA CHASIANI

LOVE HEALS

“Awak tak perlu lari dari saya, Liya. Kita dah kahwin. Awak dah jadi tanggungjawab saya sepenuhnya.” - Fakhri Caviezel

Fakhri selalu menjadi penyembuh luka yang bernanah di hati. Tetapi Aliya juga sedar diri. Hubungan itu tidak bakal berkekalan selama-lamanya. Dia tidak mahu merenggut bahagia Fakhri atas kepentingan dirinya semata-mata.

“Sejak awal lagi kita berdua tahu, hubungan ni bukan berlandaskan kasih sayang dan cinta. Awak cuma kasihankan saya. Saya pula perlukan awak sebagai tempat bergantung harap. Saya dah pergunakan awak, ambil separuh dari masa depan awak... maafkan saya, Fakhri.”

Adakah perpisahan yang bakal menjadi pengakhir kisah mereka?


PENULIS : MIA AZWARI

SEMPURNANYA SYAWAL TAHUN INI

10 tahun satu jangka masa yang lama Wani hidup bersendirian. Saat dia ada peluang untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal bersama seseorang, Wani sanggup menerima tawaran bekerja sebagai orang gaji.

Tak kisah walaupun tempoh masa bekerjanya sehingga di pagi Syawal. Dia hanya rindu untuk menikmati berpuasa dan beraya bersama seseorang. Seseorang yang dianggap seperti keluarga.

Namun kehadiran Wani tidak senangi oleh Jidin. Sehinggalah ada satu kejadian yang memaksa untuk Wani pergi dari tempat itu.

Sempurnakah Syawal Wani tahun itu? Atau tahun itu, Wani sekali lagi menyambut dalam suasana penuh kesedihan?