[NUHA BOOKS] Siri 101: Propa Kucing Rumah #
- Regular price
- RM 23.80
- Sale price
- RM 23.80
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Tajuk: Siri 101: Propa Kucing Rumah (Yang Patut Kau Tahu Supaya Tidak Terus Tertipu) #
ISBN: 9789672456995
Penerbit: Nuha Books
Muka Surat:
Halaman: Bewarna
Penulis: KAKI SAKAT / NURUL IMAN NUHA / MOHAMED NASSER MOHAMED
Tahun Terbitan: 2025
Format: Softcover
Berat (kg): 0.12kg
Dimensi (cm): 0.5cm x 23cm x 11cm
SINOPSIS
Belakang Tabir Dunia Kucing: Tak Semua Meow Itu Jujur!
Kau ingat semua kucing comel tu tak ada agenda?
101 PROPA KUCING membongkar dunia gelap—dan kadangkala kelakar—di sebalik renungan manja dan ekor yang melentik. Dari drama tak makan konon-konon, sampai skill manipulasi empunya tuan, buku ini menyelongkar 101 helah klasik, mitos separuh benar, dan ‘trick’ kucing yang ramai tak sedar… tapi selalu terkena!
Buku ini bukan manual untuk membenci kucing, tapi panduan untuk celik mata dan celik hati. Ditulis dengan nada santai, tapi sarat dengan fakta, pengalaman dan sedikit sindiran sayang terhadap makhluk berbulu kesayangan ramai ini.
Kalau kau sayang kucing, kau kena baca.
Kalau kau takut kucing, kau lagi kena baca.
Kalau kau kucing itu sendiri… sila bertaubat.
NOTA PENTING - Buku ini BERWARNA PENUH, kerana itulah warna kehidupan kita.