Iman Publication
[IMAN] Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes (L128,PY24)
- Regular price
- RM 27.20
- Sale price
- RM 27.20
- Regular price
-
RM 32.00
Share
Tajuk: Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes
ISBN: 9786297665627
Penerbit: IMAN PUBLICATION
Muka Surat: 182 m/s
Halaman:Hitam Putih
Penulis: Dr. Nur Aisyah Zainordin
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.230 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 15 cm x 2 cm
SINOPSIS
"Untuk terus bertumbuh tinggi, terkadang kita perlu
turun ke bumi."
***
Ramai menyangka bahawa dunia bisnes berkisar semata-mata
pada soal untung dan rugi. Namun bagi penulis, bisnes membawa makna yang jauh
lebih luas — ruang untuk belajar tentang jatuh bangun kehidupan dan bagaimana
ia mengajar kita bergantung sepenuhnya kepada Tuhan.
Memang kejayaan sesebuah perniagaan sering diukur melalui
angka dan strategi. Tetapi di sebalik semua itu, wujud satu teras yang amat
jarang disebut: ketekunan dan keteguhan hati untuk menjadi insan yang lebih
baik setiap hari. Teras ini memungkinkan kita bukan sahaja untuk berjaya,
tetapi juga mengalirkan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling.
Lihatlah bagaimana Abdurrahman bin Auf RA menggunakan
kekayaannya untuk memberi kepada umat. Begitulah bisnes seharusnya dilihat —
sebagai jalan menumbuhkan potensi dan memberi makna.
Inilah semangat yang dibawakan oleh Dr. Nur Aisyah
Zainordin, pengasas IMAN. Melalui buku ini, beliau berkongsi kisah jatuh
bangun, nilai dan inspirasi — agar lebih ramai melihat bisnes sebagai jalan
untuk memperkasa diri dan memberi erti kepada ummah.