• troublemaker couple
1

[RINSYA] Troublemaker Couple # (L76)

Regular price
RM 32.30
Sale price
RM 32.30
Regular price
RM 38.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [RINSYA] Troublemaker Couple #

ISBN: 9789672813712

Penerbit: RINSYA CHASIANI

Muka Surat: 410

Halaman: Hitam putih

Penulis: Mia Azwari

Tahun Terbitan: 2025

Format: soft cover

Berat (kg): 0.365kg

Dimensi (cm): 12.5cm x 20.5cm x 3cm



SINOPSIS

Bergelar ibu tunggal, bukan satu perkara yang membanggakan buat Seha. Demi anaknya, dia sentiasa pastikan kehidupan Nuh selesa. Namun kehidupannya tidak pernah tenang selepas kejadian lapan tahun yang lepas.  Di saat dia ingin mengubah nasibnya di tempat kerja baru, Seha bertemu kembali dengan masa silamnya. Lelaki yang pernah dia khianati.  

“Dari dulu sampai sekarang kerja kau asyik nak menipu. Kau ingat aku nak percaya lepas apa yang kau buat dalam hidup aku dulu?”- Baim   

“Umur dah tua bangka, masih lagi nak bersikap seperti budak. Kau jangan salah guna kuasa nak pecat aku.”- Seha 

 Perjalanan Seha di tempat kerja baru sangat mencabar. Setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan lelaki yang terlalu bencikan dirinya. Pantang berjumpa, ada saja perkara yang menyakitkan hati. Namun di saat Seha berhadapan dengan musibah, Baim yang datang menghulurkan bantuan.   

“Doa kau dah termakbul. Memang hidup aku dah hancur sekarang.”- Seha  

"Aku tak pernah sekali pun doakan hidup kau jadi macam ni.”- Baim  Baim tak pernah menduga kehidupan Seha begitu tragis. Dia fikir selama ini kehidupan wanita itu lebih baik darinya. Namun sebaliknya yang berlaku.  Muncul lelaki itu dalam hidup mereka kembali, buat Seha dan Baim tak mampu berdiam diri. Disebabkan lelaki yang sama juga, kehidupan Seha dan Baim musnah.  

“Aku dah buat keputusan. Daripada aku kena paksa kahwin dengan jantan tak guna tu, aku lebih rela kahwin dengan kau.”- Seha  

Adakah keputusan berkahwin mampu mencipta bahagia sedangkan di antara mereka ada sejarah yang menyakitkan? Dan apakah yang berlaku dalam kehidupan mereka pada lapan tahun yang lepas?