• jay 3
  • [HADIRAH LEGACY] JAY DAN MACAN DI JAWA (2)
  • [HADIRAH LEGACY] JAY DAN MACAN DI JAWA (3)
1

[HADIRAH LEGACY] JAY DAN MACAN DI JAWA

Regular price
RM 25.50
Sale price
RM 25.50
Regular price
RM 30.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [HADIRAH LEGACY] JAY DAN MACAN DI JAWA

ISBN: 

Penerbit: 

Muka Surat: 

Halaman: 

Penulis: 

Tahun Terbitan: 

Format: 

Berat (kg): 0.47kg

Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 3cm



SINOPSIS


Aku keluar sebentar. Di tepi balai, aku memejamkan mata. Aku sedekahkan Al-Fatihah kepada Pak Kosnan untuk berhubung dengannya. Ini dipanggil telefon pekak. Setelah dia menjawab salamku, aku pun memberitahu hajatku. .Dia berjanji menghantar pengikutnya secepat mungkin. Aku diminta menunggu di belakang balai berdekatan dengan semak. Aku terus ke belakang.

Memang betul ada kawasan semak di kebun belakang balai. Tapi pintu belakang pagar berkunci. Tiba-tiba aku ternampak ada pergerakan di kawasan semak dan diikuti ngauman kecil. .‘Alhamdulillah.. dah datang,’ kataku dalam hati. Terdengar ngauman sekali lagi, tapi tak nampak kelibatnya. .‘Suaranya dekat, tapi dia takde,’ bisik hatiku. Aku terkejut bila terasa tanganku dijilat sesuatu. Aku dapat merasakan dia menggeselkan badannya di kaki kiriku tapi tak kelihatan badannya. .

Tiba-tiba terdengar suara Pak Kosnan berkata, "Namanya Mikyal.... dia hanya akan menjelmakan dirinya di hadapan pak polisi." Aku pun masuk ke balai sambil diikuti harimau dari belakang. ."Mana macannya?” tanya sarjan polis sambil ketawa diikuti gelak ketawa rakannya yang lain. Aku meraba-raba mencari kepala harimau. Bila saja aku terasa aku memegang kepalanya, aku mengusap sekali dan menepuk perlahan 3x. .Itu petua dari Pak Kosnan. Serentak dengan itu dimunculkan dirinya, diiringi bunyi ngauman.

Kelima-lima anggota polis terkejut dan mengundurkan diri perlahan-lahan. Mikyal (harimau) berjalan ke arah pintu lokap tempat bapak ditahan. .Seorang anggota polis cuba mengeluarkan pistolnya tapi tangannya terkaku di situ. Mikyal mengaum di depan pintu lokap sebaik saja nampak bapak. Bapak menghulurkan tangannya lalu tangannya dicium oleh Mikyal. .

Seorang jurugambar polis merakamkan kejadian itu dengan kameranya. Sejurus selepas mencium tangan bapak, Mikyal mendekati aku. Aku tunduk dan membiarkan dia mencium dahiku. Selepas itu dia mengaum, lalu hilang dari pandangan. Aku mendekati bapak, bersalaman dan aku cium tangannya.