Idea kreatif
[IDEA KREATIF] Fathi Gabrielle: A Broken Soul
- Regular price
- RM 34.20
- Sale price
- RM 34.20
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Tajuk: [IDEA KREATIF] Fathi Gabrielle: A Broken Soul
ISBN: 9789672803683
Penerbit: Idea Kreatif
Muka Surat: 754 m/s
Halaman: hitam putih
Penulis: Nssignature
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.57 kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 3cm
SINOPSIS
Fathi Gabrielle:
Dia terpaksa melepaskan wanita kesayangannya ke tangan lelaki lain tanpa kerelaan hati. Dia terpaksa dan dipaksa.
Clarissa Arabella:
Dia jatuh cinta pada seorang jejaka melayu tulen, sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. Namun, apabila hati sudah menginginkan, manakan dapat dia mencegah.
Kerana cinta, Clarissa sanggup menggunakan kuasa bapanya agar Fathi jatuh ke tangannya. Dan dia berjaya. Fathi menjadi miliknya yang sah dengan akad sebuah perkahwinan.
"I hate you Clarissa. I really hate you. Jika kau fikir dengan mengahwini aku akan membuatkan kau menang, kau memang silap besar. Kau musnahkan seluruh bahagia aku. Kau hilangkan Aisya dari hidup aku. Kau memang kejam!" —Fathi Gabrielle
Menghadapi kebencian seorang lelaki yang bergelar suami membuatkan Clarissa rapuh. Awalnya, dia tidak mahu mengalah. Tapi bila terlalu banyak hal yang mengasak, dia akur bahawa cinta Fathi tak pernah wujud buatnya walaupun untuk sedetik cuma. Dia sedar bahawa dunianya tak akan mampu bersatu dengan dunia Fathi lagi.
"Bella minta maaf. Sebabkan Bella, abang jadi macam ni. Bella tahu, dari dulu lagi Bella bawa luka je pada abang. Dari awal kita kahwin sampailah sekarang. Hanya luka yang Bella hadiahkan." —Clarissa Arabella
Apa yang akan berlaku apabila Clarissa mengambil keputusan untuk mengalah? Adakah Fathi akan temui bahagia yang diimpikannya? Benarkah bahagia Fathi bukan pada Clarissa?