• jay2
  • 1750242207
  • TT, SP BCPTS, Bookcapital  - 2025-06-18T175529.743
1

[HADIRAH LEGACY] JAY DAN AURA SARI MBAH PARNI (L89)

Regular price
RM 23.80
Sale price
RM 23.80
Regular price
RM 28.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: JAY DAN AURA SARI MBAH PARNI

ISBN: 9786299695813

Penerbit: HADIRAH LEGACY

Muka Surat: 227

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Honda Hitam

Tahun Terbitan: 2025

Format: Softcover

Berat (kg): 0.47kg

Dimensi (cm): 21cm x15cm x 3cm


~*~*~*~*

SINOPSIS

~*~*~*~*

Cerita-cerita yang dimuatkan dalam buku ini berkisar tentang pengalaman hidup sebenar Jay semenjak lebih 30 tahun lalu. Seawal umur 11 tahun dia telah melalui pelbagai peristiwa mistik hingga membawa ke usia remaja dan dewasa. 


~*~*~*~*~*~*~*

PETIKAN CERITA

~*~*~*~*~*~*~*


"Jay, kalau menang, lu angkat itu wang dan gua mengaku kalah,"  kata dia dengan penuh yakin.  Lelaki Indonesia itu tersenyum sinis tengok aku.  Aku terdengar perkataan "Qulhugeni" dari mulut lelaki Jawa itu.  Dia menyalahgunakan surah Al ikhlas.  Dicampur dengan mantera jawa.  Ilmu Kejawen tebakku.  Dia menggunakan perantaraan jin.  Aku terus membaca Roqayyah jibrail untuk menghalang dia menyeru jin.  Dia pandang aku dengan pandangan yang tajam.

.

Aku membaca mantera Jawa bersanadkan Sunan Kalijaga,

.

“Allahumma sarigoro sarigoro gelem puruk wong seng niat olo gelem puruk ora dadi ora dadi sakeng kersane Allah Lailahailallah Muhammadarasulullah" dengan kuat.

.

Lelaki itu terkejut besar. Terkejut sebab aku guna mantera Jawa.

.

"Nek gor Qulhugeni ora wedi aku.  Iku mainan bocah agek belajar" kata aku sambil gelak.  Bermaksud, kalau setakat Qulhugeni tu aku tak takut, tu mainan budak baru belajar. 

.

"Sampean ki kok goblok men toh?” Aku menambah lagi.  Bermaksud “Ko ni kenapa bodoh sangat?”  Aku terus perlekehkan dia.

.

Tak semena-mena dia bangun dan bersalam minta maaf banyak-banyak dengan aku. (dalam bahasa jawa).

.

"Sorry bos, saya tak boleh lawan dia,” kata lelaki itu pada Robert.  Aku terus ambil duit yang Robert campak atas meja.

.

"Thank you Robert, besok gua boleh tutup kedai, lu sudah bagi wang,”  kata aku sambil ketawa.  Robert terdiam tak kata apa.

.

"Robert, lain kali lu buat lagi, lu punya burung gua taruk dekat dahi.  Gua pun belajar ilmu Dayak tahu?"  Aku ugut dia. Sampai bawah, aku nampak lelaki Jawa tu berdiri di perhentian bas.  Aku berjalan ke arahnya.  Dia tersipu-sipu malu bila tanya berapa Robert upah dia.

.

Apa yang akan terjadi? Nak tau? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel bersiri Jay Dan Aura Sari Mbah Parni

.

===========

Terdapat 8 buah cerita dalam buku ini iaitu:

1) Aura Sari Mbah Parni 

2) Selendang Mariani

3) Restoran Nelayan Titiwangsa 1988

4) Budak-budak tepi hutan

5) Rumah laluan bunian

6) Antara Robert dan aku

7) Azan dan selawat perang

😎 Diuji bomoh Jawa

.

Dan terdapat perkongsian ilmu atau amalan yang boleh dijadiakan panduan hidup seperti:

1) ilmu pagar diri

2) petua ilmu cermin

3) ilmu anti kabel

4) ilmu ghaib (menutup pandangan)

5) doa pelembut hati