• bisa nur misteri
1

[HADIRAH LEGACY] BILA ILMU SATU ANUGERAH - NUR MISTERI (L90)

Regular price
RM 32.30
Sale price
RM 32.30
Regular price
RM 38.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [HADIRAH LEGACY] BILA ILMU SATU ANUGERAH - NUR MISTERI

ISBN: 9786299695899

Penerbit: HADIRAH LEGACY

Muka Surat: 380 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Pakcik Man

Tahun Terbitan: 2025

Format: Softcover

Berat (kg): 0.47kg

Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 2cm


~*~*~*~* SINOPSIS ~*~*~*~*

Novel 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini merupakan catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Pak Cik Man semenjak berumur 7 tahun. Pada awalnya Pak Cik Man sendiri tidak mengetahui kenapa beliau selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya beliau sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang beliau sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya. .

~*~*~*~*~*~*~* PETIKAN CERITA ~*~*~*~*~*~*~*

Dalam kesamaran cahaya malam, aku nampak Nur menyelongkar sisa-sisa makanan dari dalam tong sampah dan kemudian memakannya dengan lahap. Aku terkejut dengan apa yang aku nampak.  Bulu romaku meremang.  Tanda yang aku paling tidak suka sama sekali. Aku bersandar semula di tepi dinding, sambil memejamkam mata kerana tidak percaya dengan apa yang aku nampak. .“Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa-i wa huwas samii’ul ‘alim.” Aku perlu cari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran aku.  . Aku mengintai semula ke arah Nur tetapi dia sudah tiada di situ. Aku melangkah dari persembunyian untuk mencarinya.  Selangkah aku keluar dari sebalik tiang, aku terkejut sangat bila Nur muncul di sebalik tiang yang sama aku bersembunyi tadi. . “Astaghfirullahalazim…” Aku terundur ke belakang. . Wajah Nur, bukan Nur yang aku kenal. Wajahnya amat menakutkan. Rambutnya mengerbang, matanya tersembul keluar dan barisan giginya tajam meruncing. Kuku jari-jemarinya yang panjang cuba mencapai leherku...