• Crystal_Stopper_Final-for_web
  • Crystal_Stopper_Final-for_web
  • Crystal_Stopper_Final-for_web
1

Penerbit X

Arsène Lupin: The Crystal Stopper – Edisi Bahasa Melayu (L173,BL171,G5)

Regular price
RM 22.40
Sale price
RM 22.40
Regular price
RM 28.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Arsène Lupin: The Crystal Stopper – Edisi Bahasa Melayu
ISBN:Â 978-967-369-659-8
Penerbit:Â Penerbit-X
Penulis:Â Maurice Leblanc
Penterjemah:Â Fatimah Rodhiah Mohd Yusof, Nuraina Akmal Misman
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 376
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.235kg
Dimensi (cm): 2.5cm x 11.5cm x 18.5cm
Â
SINOPSIS
Â

Dua orang rakan Lupin, Gilbert dan Vaucheray ditangkap atas tuduhan membunuh semasa mereka memecah masuk kediaman seorang ahli majlis bandaran bernama Daubrecq. Mereka akan menerima hukuman pancung jika perbicaraan tidak memihak kepada mereka. Lupin sedaya upaya cuba membebaskan mereka kerana dia tahu, salah seorang daripada mereka tidak bersalah. Namun, Lupin bingung apabila mengetahui sasaran kedua-dua mereka di dalam kediaman itu adalah sebiji penyumbat botol kaca yang jernih seperti kristal.

Setelah melakukan siasatan, Arsène Lupin mendapati Daubrecq adalah seorang pemeras ugut kejam yang menyimpan banyak rahsia. Apakah kaitan penyumbat botol kristal itu dengan Daubrecq dan kenapa Gilbert sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkan penyumbat botol itu?Â

Kehadiran seorang wanita misteri yang menjadi penghalang usaha Lupin membuatkan keadaan bertambah rumit. Siapakah wanita ini? Apakah hubungannya dengan Daubrecq? Berjayakah Arsène Lupin menyelamatkan Gilbert dan Vaucheray daripada hukuman gilotin?